Tampilkan postingan dengan label minta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label minta. Tampilkan semua postingan
” Minta Tolong Pengurus Masjid Tolong Anak Ini…”
Label: ”, anak, ini…”, masjid, minta, pengurus, tolongKUALA LUMPUR – “Menggeletar seluruh tubuh badan saya apabila terjumpa bayi dibalut kain dalam sebuah beg ketika hendak membersihkan kawasan surau,” kata Nurshafekah Mat Rajumi,19, ketika itu dia membersihkan kawasan Surau Al Falah di Danau Kota, pagi semalam.
Penemuan bayi itu turut disertakan nota yang meminta pihak surau menguruskan jenazah bayi dan dipercayai diletakkan di hujung penjuru pagar selepas subuh semalam.
Nurshafekah berkata, dia terkejut dan tergamam apabila melihat bayi yang sudah tidak bernyawa dalam beg bersama nota yang meminta jenazah bayi itu diuruskan pihak surau.
Menurutnya, ketika ternampak beg tersebut, dia terlihat sesuatu yang berbulu dalam beg dan mula timbul takut dan curiga dengan objek di dalamnya.
“Ketika itu saya terlintas mungkin bayi dalam beg kerana kebetulan saya sedang siapkan satu tugasan berhubung tajuk penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi,” katanya kepada Sinar Harian menceritakan detik hingga terjumpa bayi tersebut, semalam.
Penemuan bayi berkenaan turut mengejutkan seramai 32 pelajar dari International Islamic College, Gombak yang mengadakan gotong-royong di Surau Al Falah.
Bayi yang tidak diketahui jantina dan usia itu dipercayai ditinggalkan beberapa jam sebelum ditemui dan disyaki bayi itu milik warga asing berdasarkan tulisan nota yang ditinggalkan.
Nurshafekah yang mengambil jurusan Pendidikan Awal Perkembangan Kanak-Kanak berkata, dia meminta tolong seorang lelaki berhampiran dan kariah surau supaya melihat kandungan sebenar dalam beg itu.
Sementara itu, kariah surau, Haris Hussain,53, percaya mayat bayi diletakkan selepas jemaah pulangsolat Subuh dan ini kejadian pertama di surau itu. - MyNewsHub
Samseng Royalti beri tempoh 7 hari minta maaf
Label: 7, beri, hari, maaf, minta, royalti, samseng, tempoh Harakahdaily
| Salmah Mat Husain, | 03 Jul 2012 |
KOTA BHARU: Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) memberi tempoh tujuh hari kepada ‘samseng’ yang bertanggungjawab memukul lima orang aktivis Royalti baru-baru ini memohon maaf secara terbuka.
Presidennya, Mohd Nazri Deraman, berkata permohonan maaf itu perlu dinyatakan secara terbuka atau rasmi kepada lima orang mangsa yang dipukul mereka termasuk ‘R’ minggu lalu.
“Pada masa yang sama Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) selaku penganjur program himpunan di hadapan Kota Darulnaim baru-baru ini juga perlu meminta maaf secara terbuka atau rasmi kepada Royalti dalam tempoh tujuh hari bermula semalam (2 Julai),” ujarnya.
Katanya, kegagalan kedua-dua pihak terbabit untuk memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan, mereka bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily semalam selepas membuat laporan polis berhubung lima orang aktivis R yang cedera dipukul pada perhimpunan 26 Jun lalu di hadapan Kota Darulnaim.
Nazri seterusnya memberitahu, selepas membuat laporan polis, pihaknya mendapat pengesahan bahawa pihak lawan tidak mengikut arahan yang ditetapkan untuk berhimpun antara 9.00 hingga 11.00 pagi.
Katanya, pihak mereka datang lebih awal berbanding aktivis ‘R’.
“Syarat itu telah dipersetujui bersama dan pihak kami telahpun mengikutinya termasuk mempunyai permit yang sah untuk berhimpun di hadapan Kota Darulnaim.
“Saya juga mencabar MTRK turut menunjukkan saliran permit sebagaimana pihak kami kepada media dan R sebagai bukti mereka memenuhi syarat yang ditetapkan,” ujarnya.
Nazri turut memberitahu pihaknya menyiapkan ‘bunting’ khas berhubung mereka yang dikehendaki kerana telah memukul lima orang aktivis ‘R’.
Setakat ini, katanya beliau mendapat maklum mereka yang terlibat telah melarikan diri.
Mereka yang menjadi mangsa dalam kejadian itu ialah Khairul Nizam Abdul Ghani, Mohd Zulhazmi Hassan, Abu Samah Hassan, Khairol Aswan Mohd Maidin dan Zulkifli Mohammad.

Mantan Minta Balikan
Label: balikan, mantan, mintaDilema selalu melanda saat mantan kekasih kembali menyatakan cinta. Segala benteng pertahanan yang sudah disusun seolah runtuh. Sebaiknya diterima atau tidak?
Daripada bimbang terlalu lama, berikut ini beberapa hal yang harus dipertimbangkan.
1. Ingat kembali alasan putus
Coba ingat kembali apa yang menjadi alasan perpisahan Anda dulu. Apakah emosi sesaat, atau sesuatu yang merupakan prinsip. Jika emosi sesaat, mungkin Anda bisa memikirkan untuk kembali pada mantan. Tapi jika alasannya adalah sesuatu yang prinsip, maka perlu Anda pikirkan baik-baik. Kecuali salah satu dari Anda ada yang mau mengalah pada prinsip yang selama ini dipegang.
2. Pikirkan perasaan Anda
Saat berpisah, rasa sedih pasti melanda. Saat mantan menyatakan cinta, seringkali kita masih terbawa perasaan. Jangan sampai perasaan itu membuat Anda tak berpikir panjang. Benarkah Anda masih mencintainya, atau hanya terbawa perasaan belaka. Jangan sampai melakukan kesalahan untuk kedua kali.
3. Uji sang mantan
Kadang kala alasan perpisahan adalah karena mantan Anda memiliki kesalahan. Pastikan bahwa mantan Anda telah berubah menjadi lebih baik. Jangan sampai kebiasaan buruknya dulu (yang menjadi alasan putus) muncul kembali.
Menjalin cinta dengan mantan bukanlah hal yang salah. Bisa jadi memang ia jodoh Anda. Tapi jangan sampai Anda menerima pernyataan cintanya karena emosi sesaat atau takut kesepian. Ingat, cinta bukanlah bahan untuk mainan!
yahoo.com