Tampilkan postingan dengan label pesalah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pesalah. Tampilkan semua postingan
Awas! 52 000 Pesalah Trafik Sedang Diburu
Label: 000, 52, awas!, diburu, pesalah, sedang, trafik
SIMPANG AMPAT – Seramai 52,000 pesalah trafik dari seluruh negeri ini yang mempunyai waran tangkap, berikutan gagal hadir perbicaraan kes saman di mahkamah akan diburu.
Pegawai Turus Trafik dan Ketenteraman Awam negeri, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, pengeluaran waran itu melibatkan pelbagai kesalahan trafik yang direkodkan sejak 2011 hingga tahun ini.
“Lebih 20 tangkapan telah dibuat sejak Isnin lalu dan pesalah terus dihadapkan ke mahkamah untuk menjelaskan saman mereka. Oleh itu, kita menasihatkan orang awam agar semak waran yang ada dan selesaikan segera saman tersebut.
“Walaupun sukar untuk kita menjejaki 52,000 pesalah ini, tetapi kita tidak akan gunakan kekerasan. Pesalah tidak akan digari, sebaliknya mereka perlu beri kerjasama yang baik,” katanya semasa Ops Warta bagi mengesan pemilik waran tangkap di sini, semalam.
Beliau berkata, antara kesalahan dilakukan termasuk tiada lesen memandu, memakir kenderaan di garisan kuning, memasuki laluan tidak dibenarkan dan tidak memakai tali pinggang keledar melibatkan saman yang ditandatangani pesalah.
“52,000 waran ini melibatkan saman yang diberikan sendiri kepada pesalah dan bukannya saman ekor.
“Polis memiliki alat mengesan rekod siapa yang memiliki waran di lokasi operasi dan tangkapan akan dilakukan serta membawa mereka terus ke mahkamah pada hari sama atau keesokannya,” katanya.
Sementara itu, dalam operasi berkenaan, tiga individu ditahan kerana memiliki waran tangkap, dan salah seorang daripada mereka positif dadah.
Seramai 20 pegawai dan anggota polis trafik negeri, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Alam Sekitar negeri terlibat pada operasi berkenaan. – Sinar Harian Online
Pesalah juvana ditemui mati dengan kesan pukulan
Label: dengan, ditemui, juvana, kesan, mati, pesalah, pukulanOleh Md Izwan
July 17, 2013
July 17, 2013
Belum reda dengan kes kematian dalam tahanan, satu lagi kes dilaporkan berlaku hari ini di Pusat Pemulihan Akhlak Penjara Batu Gajah, Perak apabila seorang pesalah juvana ditemui mati dengan kesan lebam.
Chew Siang Giap, 26, ditemui mati di pusat itu awal pagi hari ini, sekaligus menambah tekanan kepada pihak kerajaan yang sudah menerima kritikan pelbagai pihak untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).
Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar mengedarkan satu laporan polis yang dibuat bapa mangsa, Chew Ba di lobi Parlimen hari ini.
Bapa mangsa memberitahu, beliau menerima panggilan telefon daripada Pusat Pemulihan Akhlak memaklumkan kematian anaknya sekitar jam 2.19 pagi tadi.
Semasa tiba di Hospital Batu Gajah pada jam 8.30 pagi untuk pengecaman mayat mangsa, Chew memberitahu penemuan "kesan" pada mayat badan anaknya.
"Saya menemui kesan hitam seperti calar pada telinga, bahu dan peha semasa mengecam anak saya," katanya dalam laporan polis itu.
Kes kematian ini dijangka menambah lagi tekanan terhadap Putrajaya, yang ketika ini masih bergelut dengan pembangkang membabitkan isu penubuhan IPCMC.
Majlis Peguam, kumpulan masyarakat sivil dan beberapa ahli politik dari kerajaan dan pembangkang mendesak IPCMC ditubuhkan untuk melaksanakan reformasi terhadap pasukan polis sejak 2006. - 17 Julai, 2013.
The Malaysian Insider