Tampilkan postingan dengan label sanggup. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sanggup. Tampilkan semua postingan

Sanggup Habiskan Wang Demi Justin Bieber

. Senin, 17 Februari 2014
0 komentar


Los Angeles – Sanggup menghabiskan wang sebanyak RM315,000 semata-mata mahu kelihatan seperti hero pujaannya, Justin Bieber.

Bagi Toby Sheldon, dia sanggup membelanjakan wang itu semata-mata kerana mahu kelihatan seperti penyanyi berkenaan.

Bagi tujuan itu, Sheldon menggunakan wang simpananya untuk membuat pembedahan plastik di bahagian muka, dagu dan kelopak mata.

Obsesi tersebut bermula ketika dia melakukan rawatan rambut untuk mengelakkan rambutnya gugur pada usia 23 tahun.

Kini pada usia 33 tahun, dia mahu menjadi seperti Bieber, yang muda 14 tahun daripadanya.


“Ketika Justin mula-mula popular pada 2008, saya mula terpikir mahu menjadi sepertinya.,’’ katanya.

Dia kemudiannya membelanjakan sebanyak RM25,000 untuk mendapatkan rambut seperti Bieber, namun tidak gembira dengan rawatan itu.

“Saya terpaksa melalui tiga kali rawatan rambut yang berjumlah RM66,000 dan ketika itu terpaksa membawa bersama gambar Bieber untuk ditunjukkan kepada pakar,’’ katanya.

Selepas berjaya mendapatkan rambut seperti Bieber, Sheldon yang mengaku takut menjadi tua, memutuskan bahawa usahanya itu masih belum berakhir.

Dia mula memikirkan untuk mengekalkan wajah muda dengan melakukan pembedahan plastik.

Pada 2012, Sheldon mengambil suntikan Botox dan Aquamid di bahagian dahi, sebelum menjalani pembedahan di bahagian kelopak mata.

“Saya terpaksa menemui lapan pakar bedah sebelum salah seorang daripada mereka bersetuju untuk melakukan pembedahan ke atas saya. Ramai yang menyangka bahawa saya gila,’’ katanya.

Meskipun selepas menghabiskan lebih RM300,000, Sheldon masih belum berpuas hati kerana rupanya tidak mencapai impiannya.

Apa yang perlu dilakukan kini ialah melakukan pembedahan di bahagian hidung dan rahang, seperti yang dicadangkan oleh pakar bedah.
Read More..

Eva Sanggup Bogel Kalau Pasukan Bangladesh Menang!

. Kamis, 19 Desember 2013
0 komentar

Eva Sanggup Bogel Kalau Pasukan Bangladesh Menang!
Eva Sanggup Bogel Kalau Pasukan Bangladesh Menang! - Malam tadi telah berlangsungnya pertarungan persahabatan bola sepak di antara pasukan Harimau Malaya menentang Bangladesh dengan keputusan akhir adalah seri 1-1.
Nasib baik seri. Kalau buatnya Bangladesh menang, tidak tahulah apa akan jadi.
Mengapa apa penulis berkata demikian? Mari lihat sebabnya..
Seorang gadis Melayu memuat naik status di wall Facebook bahawa dia sanggup berbogel jika pasukan Bangladesh menang pada malam semalam!
Eva Sanggup Bogel Kalau Pasukan Bangladesh Menang!
Tidak tahulah apa yang membuatkan dia ini sanggup mengambil keputusan sehingga begitu sekali.
Malah, dia juga ada menulis di Facebooknya ‘Kalau bangla menang mlm… i sanggup buka…’
Tidak pastilah pula apa yang sanggup dibukanya itu…kalau melihat kepada status pertamanya…maka dia bermaksud mungkin mahu membuka semua pakaiannya kot…
Apa yang penting gadis ini seperti tidak fikir panjang semasa memuat naik status Facebooknya. Teringat kisah mamat bernama Johari Pain yang berjanji mahu mengerat anunya jika Pandelela Rinong menang sebarang pingat di Olimpik London lalu.
Nasib baiklah pasukan Malaysia hanya mampu seri dengan Bangladesh. Jika tidak, apakah gadis ini akan berani mengotakan janjinya itu?
Dan kalau pasukan Bangladesh tahu lebih awal janji Eva tu, mungkin mereka telah bermain lebih hebat, total football sehingga menang agaknya.
Nampaknya Eva patut mengucapkan terima kasih kepada Harimau Malaya kerana telah menyelamatkan ‘maruahnya’ daripada menjadi tatapan umum!- Informasi Dot My
Read More..