Tampilkan postingan dengan label selangor. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label selangor. Tampilkan semua postingan
Banjir Terima kasih Selangor 25 lori kontena Amal Sgor berlepas pagi ini
Label: 25, amal, banjir, berlepas, ini, kasih, kontena, lori, pagi, selangor, sgor, terimaHarakahdaily Dec 07, 2013
KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama dari Jabatan Amal Selangor yang membawa misi bantuan barangan kepada mangsa banjir berlepas ke Pahang tengah hari tadi.
Pelepasan kumpulan hampir 200 orang yang terdiri daripada Jabatan Amal Selangor, Briged Muslimat dan sukarelawan itu disempurnakan Pesuruhjaya PAS Selngor Iskandar Abdul Samad dalam satu majlis di Gombak pagi tadi.
Misi yang diketuai Pengarah Jabatan Amal Selangor Khairil Anuar Ismail ini membawa barangan keperluan dengan 15 buah lori 5 tan, 10 buah lori 3 tan, sebuah lori kontena, 25 buah kenderaan pacuan empat roda dan 20 buah kereta.
Antara barangan yang dibawa termasuk makanan, selimut, telekung, pakaian baru dan terpakai, pampers dan pelbagai barangan keperluan lain.
Ini merupakan trip pertama dari Amal Selangor, dan trip berikutnya dijadual sepanjang minggu depan.
Dalam pada itu, Jabatan Amal Selangor masih memerlukan sukarelawan dan juga sumbangan berterusan bagi membantu misi ini.
Sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui akaun Bank islam Amal Selangor 12010010035434.
Hentikan SERTA MERTA Penggunaan Kalimah Allah Dalam Bible The Herald! Sultan Selangor
Label: allah, bible, dalam, hentikan, herald!, kalimah, merta, penggunaan, selangor, serta, sultan, the
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan juga penerbitannya dalam akhbar mingguan The Herald versi Bahasa Melayu, perlu dihentikan serta merta.
Baginda bertitah, ia bertujuan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negeri itu khususnya, dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.
“Ini kerana kalimah Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Satu seperti yang terdapat di dalam Surah Al-Ikhlas.
“Semua rakyat di Selangor khasnya perlu menghormati dan mematuhi keputusan yang dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, undang-undang serta keputusan secara sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober lalu,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Baginda juga menasihatkan mana-mana pihak tidak mengambil kesempatan menjadikan isu kalimah Allah sebagai agenda politik mereka kerana kalimah Allah ialah satu kalimah suci dan membabitkan akidah umat Islam. – BERITA HARIAN