Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur hari ini membatalkan saman fitnah yang dikemukakan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali terhadap Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berhubung artikel di akhbar Suara Keadilan, dua tahun lepas.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng membenarkan permohonan Saifudin untuk membatalkan saman Ibrahim terhadapnya dengan kos RM8,000. Beliau membuat keputusan itu dalam kamarnya.
Peguam Puspawati Rosman yang mewakili Saifudin berkata antara alasan yang diberi hakim itu ialah mahkamah bersetuju dengan pembelaan Saifuddin bahawa artikel itu tidak berbaur fitnah.
Pada 2 Jun 2010, Ibrahim mengemukakan saman berjumlah RM2 juta ke atas Saifuddin kerana didakwa memfitnahnya.
Menerusi pernyataan tuntutan, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendakwa Saifuddin secara palsu dan dengan berniat jahat di Suara Keadilan edisi minggu 27 April hingga 4 Mei 2010 menyebarkan perkataan yang membabitkannya dengan perniagaan.
Ibrahim mendakwa perkataan tersebut disebarkan dengan niat jahat untuk mencemarkan nama dan reputasi baiknya, dan perkataan itu telah menyebabkan beliau dihina, disingkirkan dan diabaikan orang awam.
Selain ganti rugi am berjumlah RM2 juta, Ibrahim turut menuntut satu injunksi melarang anggota Parlimen Machang itu, dengan sendiri atau melalui pekerja dan/atau ejen beliau daripada mengulangi perkataan yang sama terhadapnya.
- Bernama
Tampilkan postingan dengan label atas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label atas. Tampilkan semua postingan
Mahkamah batal saman Ibrahim Ali ke atas Saifuddin
Label: ali, atas, batal, ibrahim, ke, mahkamah, saifuddin, samanMalaysiakini
|
Ngeri Wanita Tersangkut Di Atas Pagar
Label: atas, di, ngeri, pagar, tersangkut, wanita
China – Ngeri dan menakutkan. Seorang wanita yang sedang mencuci tingkap di sebuah bangunan, telah terjatuh ke atas pagar besi.
Keadaan itu menyebabkan badannya tersangkut pada batang besi yang tajam itu.
Besi tersebut tercucuk di bahagian badan serta kepalanya, namun nasib baik kerana wanita itu masih hidup dan berada dalam keadaan sedar.
Bomba terpaksa dipanggil dan mereka menggunakan gergaji untuk memotong batang besi itu.
Namun besi yang tercucuk dalam kepalanya itu tidak dikeluarkan dan dia dihantar ke hospital untuk rawatan.
Lokasi kejadian tidak dinyatakan namun aksi mendebarkan itu telah dirakamkan.
Gadis Tersangkut Atas Buaian Kanak Kanak
Label: atas, buaian, gadis, kanak, tersangkut
London – Seorang gadis terpaksa diselamatkan oleh 12 anggota bomba selepas dia tersekat di atas buaian kanak-kanak di sebuah taman awam di Finsbury Park, di sini.
Menurut seorang saksi di situ, gadis berkenaan dalam keadaan malu apabila orang ramai menyaksikan dia diselamatkan oleh anggota bomba.
“Dia meletakkan tangan di kepala, terutama ketika aksi-aksi berkenaan dirakamkan menerusi telefon bimbit keluarganya.
“Gadis itu tidak mengalami kecederaan, sementara orang ramai pula tertanya-tanya apa yang berlaku kerana ramai anggota bomba dan jentera bomba berada di situ,’’ katanya.
Ahli bomba mengambil masa selama 15 minit untuk membantu gadis itu melepaskan diri.
Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 6 petang memaklumkan ada orang yang terperangkap di atas buaian kanak-kanak.