Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur hari ini membatalkan saman fitnah yang dikemukakan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali terhadap Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berhubung artikel di akhbar Suara Keadilan, dua tahun lepas.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng membenarkan permohonan Saifudin untuk membatalkan saman Ibrahim terhadapnya dengan kos RM8,000. Beliau membuat keputusan itu dalam kamarnya.
Peguam Puspawati Rosman yang mewakili Saifudin berkata antara alasan yang diberi hakim itu ialah mahkamah bersetuju dengan pembelaan Saifuddin bahawa artikel itu tidak berbaur fitnah.
Pada 2 Jun 2010, Ibrahim mengemukakan saman berjumlah RM2 juta ke atas Saifuddin kerana didakwa memfitnahnya.
Menerusi pernyataan tuntutan, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendakwa Saifuddin secara palsu dan dengan berniat jahat di Suara Keadilan edisi minggu 27 April hingga 4 Mei 2010 menyebarkan perkataan yang membabitkannya dengan perniagaan.
Ibrahim mendakwa perkataan tersebut disebarkan dengan niat jahat untuk mencemarkan nama dan reputasi baiknya, dan perkataan itu telah menyebabkan beliau dihina, disingkirkan dan diabaikan orang awam.
Selain ganti rugi am berjumlah RM2 juta, Ibrahim turut menuntut satu injunksi melarang anggota Parlimen Machang itu, dengan sendiri atau melalui pekerja dan/atau ejen beliau daripada mengulangi perkataan yang sama terhadapnya.
- Bernama
Tampilkan postingan dengan label ke. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ke. Tampilkan semua postingan
Mahkamah batal saman Ibrahim Ali ke atas Saifuddin
Label: ali, atas, batal, ibrahim, ke, mahkamah, saifuddin, samanMalaysiakini
|
Adda Kembali Ke Imej Tidak Bertudung
Label: adda, bertudung, imej, ke, kembali, tidakNampaknya kehidupan Adda selepas bercerai dengan suaminya semakin tidak menentu. Untuk yang tidak tahu, Adda telah pun diceraikan selepas hanya berkahwin selama 17 hari. Sebelum ini Adda pernah bercinta dengan Mamat Sepah. Ketika itu Adda tampil dengan imej tidak bertudung.
Semasa majlis perkahwinannya, Adda telah pun memakai tudung dan tampak begitu cantik sekali. Selepas diceraikan, Adda masih kekal dengan imej bertudung litup.
Namun tidak lama kemudian, Adda tiba-tiba tampil dengan imej seperti Datuk Siti Nurhaliza iaitu dengan hanya memakai penutup kepala.
Dan semalam, Adda kembali semula kepada imej tidak bertudung sepenuhnya. Agak mengejutkan namun nampak seperti Adda masih tidak bersedia untuk memakai tudung.
Dan semalam, Adda kembali semula kepada imej tidak bertudung sepenuhnya. Agak mengejutkan namun nampak seperti Adda masih tidak bersedia untuk memakai tudung.
Ditanya mengenai isu sekejap pakai tudung sekejap tidak ini, Adda berkata kepada Pancaindera:-
Sebab itu juga Adda minta jangan besarkan isu Adda tak pakai tudung. Adda cuma manusia biasa yang tak lepas daripada membuat kesilapan. Ini adalah diri Adda yang sebenar. Asalkan Adda tahu batas dan tak malukan nama keluarga, Adda harap semua orang terima Adda yang baru
Abang Nara nampak Adda seperti tidak memandang serius akan perkara ini. Namun pastinya Adda ada sebab yang tersendiri. Semoga pintu hati Adda akan terbuka kembali untuk memakai tudung seperti dulu.
Datuk Yusof Haslam Dikejarkan Ke Hospital Selepas Rebah
Label: datuk, dikejarkan, haslam, hospital, ke, rebah, selepas, yusof
Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, 59, bakal menjalani pembedahan membuang batu karang di Hospital Pakar KPJ Tawakkal di Petaling Jaya selepas dimasukkan ke hospital itu pagi Isnin.Isterinya Datin Patimah Ismail berkata, Yusof dikejarkan ke hospital itu kira-kira pukul 9 pagi Isnin selepas mengadu sakit pada bahagian perut ketika bangun pagi untuk solat Subuh selain mengalami kencing berdarah.
“Saya mula risau apabila dia hampir pengsan kerana menahan sakit selain wajahnya menjadi pucat. Saya tidak mengetahui punca sebenar kesakitan yang dialaminya dan terus membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” jelasnya.
Patimah memberitahu doktor mengesahkan suaminya mengalami penyakit batu karang dan perlu menjalani pembedahan segera bagi mengelak keadaannya bertambah teruk.
Katanya, Yusof akan menjalani pembedahan secara laser pada bahagian kanan perutnya pada petang Isnin.
“Keadaan suami sekarang stabil selepas doktor memberikan ubat tahan sakit sebelum menjalani pembedahan yang dijadualkan pada petang ini.
“Doakan supaya dia selamat menjalani pembedahan itu dan kembali sihat,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Patimah berkata, sebelum ini Yusof tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit batu karang dan hanya mengetahui perkara itu apabila dirujuk ke hospital pada pagi Isnin. wowberita