Tampilkan postingan dengan label datuk. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label datuk. Tampilkan semua postingan

Gelaran Datuk Diterima Satu Pengiktirafan

. Minggu, 29 Desember 2013
0 komentar

KUALA LUMPUR – Penerbit filem dan pelakon Rosyam Nor menyifatkan gelaran Datuk yang diterimanya sempena ulang tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob sebagai satu penghormatan kepada anak seni terutamanya dalam bidang perfileman.

Rosyam, 46, berkata, penganugerahan itu adalah bukti bahawa kerajaan mula memandang serius terhadap usaha yang dilakukan oleh anak seni sepertinya dalam membangunkan industri seni tanah air.

“Saya sangat merendah diri dan bersyukur apabila diberitahu saya antara penerima pingat berkenaan dan ia satu penghormatan buat saya sebagai pelakon dan penerbit.

“Ia bukti semua usaha membangunkan industri hiburan negara selama ini mula dipandang serius oleh pihak kerajaan dan penganugerahan ini akan memangkinkan lagi semangat saya selepas ini,” katanya kepada mStar Online.

Rosyam ditemui ketika menghadiri majlis perasmian bengkel dan butik menjual alat ganti iaitu S4M Motorsports ‘Big Bike Garage’ yang dimiliki oleh pelakon Didie Alias di Setapak pada Sabtu.

Pelakon berkenaan antara 79 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang juga membawa gelaran Datuk termasuk penyanyi Ramli Sarip yang menerima DPSM Kehormat membawa gelaran yang sama.

Istiadat pengurniaan pingat dan darjah kebesaran berlangsung di Dewan Seri Negeri Melaka pada Ahad (hari ini).

Tambahnya, anugerah itu diharap dapat dijadikan inspirasi kepada individu lain untuk terus memperjuangkan industri dengan lebih bersungguh-sungguh.

Sementara itu, Rosyam berkata, tidak menjadi masalah baginya jika peminat ataupun kenalan mahu memanggilnya Datuk ataupun namanya sahaja seperti sebelum ini.

Jelas Rosyam, dia tidak mahu gelaran tersebut akan meletakkan jurang sedangkan prinsip hidupnya tetap sama.

“Hendak panggil ‘Datuk’, ‘abang’, ‘Rosyam’ atau pun ‘sayang’ saya tetap akan sahut panggilan daripada mereka kerana gelaran tersebut bukan untuk saya bermegah-megah,” ujarnya. – mStar Online
Read More..

Datuk Yusof Haslam Dikejarkan Ke Hospital Selepas Rebah

. Selasa, 17 Desember 2013
0 komentar
Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, 59, bakal menjalani pembedahan membuang batu karang di Hospital Pakar KPJ Tawakkal di Petaling Jaya selepas dimasukkan ke hospital itu pagi Isnin.
Isterinya Datin Patimah Ismail berkata, Yusof dikejarkan ke hospital itu kira-kira pukul 9 pagi Isnin selepas mengadu sakit pada bahagian perut ketika bangun pagi untuk solat Subuh selain mengalami kencing berdarah.
“Saya mula risau apabila dia hampir pengsan kerana menahan sakit selain wajahnya menjadi pucat. Saya tidak mengetahui punca sebenar kesakitan yang dialaminya dan terus membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” jelasnya.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Patimah memberitahu doktor mengesahkan suaminya mengalami penyakit batu karang dan perlu menjalani pembedahan segera bagi mengelak keadaannya bertambah teruk.
Katanya, Yusof akan menjalani pembedahan secara laser pada bahagian kanan perutnya pada petang Isnin.
“Keadaan suami sekarang stabil selepas doktor memberikan ubat tahan sakit sebelum menjalani pembedahan yang dijadualkan pada petang ini.
“Doakan supaya dia selamat menjalani pembedahan itu dan kembali sihat,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Patimah berkata, sebelum ini Yusof tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit batu karang dan hanya mengetahui perkara itu apabila dirujuk ke hospital pada pagi Isnin. wowberita
Read More..