Tampilkan postingan dengan label selepas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label selepas. Tampilkan semua postingan
Fakta Mengenai Seks Selepas Usia 50 Tahun
Label: 50, fakta, mengenai, seks, selepas, tahun, usiaSalam semua kepada pembaca,

Fakta- Sebenarnya usia tidak mempengaruhi keinginin seksualiti seseorang. Sebaliknya orang yang lebih berusia memandang seks itu lebih tehadap keseluruhan perhubungan berbanding orang muda yang hanya memfokuskan terhadap perlakuannya. Hasil kajian daripada A National Council on Aging survey mendapati bahawa, pasangan yang berusia lebih daripada 60 tahun dan mempunyai hubungan yang tetap menyatakan, mereka berasa lebih puas berbanding ketika melakukannya pada usia 40 an.

Ramai yang selama ini keliru sama ada masih adakah keinginan untuk melakukannya walaupun sudah berusia. Tidak dapat dinafikan, belogfadah juga telah terpengaruh daripada khabar angin yang dilakukan sebelum ini. Di sini belogfadah akan menyenaraikan mengenai mitos dan fakta yang sebenarnya mengenai perkara ini. Diharap artikel ini mampu untuk memberi suatu pemikiran baru kepada anda.
Mitos- Orang yang berusia 50 tahun kurang berminat terhadap seks.
Fakta- Sebenarnya usia tidak mempengaruhi keinginin seksualiti seseorang. Sebaliknya orang yang lebih berusia memandang seks itu lebih tehadap keseluruhan perhubungan berbanding orang muda yang hanya memfokuskan terhadap perlakuannya. Hasil kajian daripada A National Council on Aging survey mendapati bahawa, pasangan yang berusia lebih daripada 60 tahun dan mempunyai hubungan yang tetap menyatakan, mereka berasa lebih puas berbanding ketika melakukannya pada usia 40 an.
Mitos- Faktor emosi dan psikologi mempengaruhi keinginan wanita pada usia pertengahan.
Fakta- Faktor fizikal memainkan peranan yang lebih besar berbanding emosi. Perubahan hormon semasa menopaus boleh mempengaruhi tindak balas seksual seorang wanita. Paras estrogen yang rendah boleh menyebabkan kekeringan faraj, menyebabkan ketidakselesaan semasa seks. Dan pada sesetengah wanita, paras testosteron yang lebih rendah boleh bermaksud kekurangan tenaga untuk melakukannya. Sebahagian wanita menyatakan keinginan mereka terhadap seks meningkat selepas putus haid.

Mitos- Wanita tidak akan mencapai kepuasan selepas usia pertengahan.
Fakta- Ramai wanita yang bersetuju bahawa mereka lebih merasa kepuasan selepas putus haid.
Fakta- Ramai wanita yang bersetuju bahawa mereka lebih merasa kepuasan selepas putus haid.
Mitos- Lelaki berusia pertengahan tidak dapat mencapai klimaks disebabkan faktor emosi.
Fakta- Sebenarnya, faktor fizikal lebih mempengaruhinya seperti masalah peredaran darah, ganguan prostat, atau kesan sampingan daripada ubat tenaga batin yang diambil. Faktor fizikal mempengaruhi sebanyak 85% berbanding emosi.

Mitos- Pasangan di usia pertengahan yang tidak mempunyai hubungan seks yang kerap disebabkan kekurangan minat antara satu sama lain.
Fakta- Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa pasangan pada usia pertengahan yang jarang melakukan seks adalah disebabkan penyakit atau ketidakupayaan dan bukannya disebabkan kekurangan minat.
Fakta- Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa pasangan pada usia pertengahan yang jarang melakukan seks adalah disebabkan penyakit atau ketidakupayaan dan bukannya disebabkan kekurangan minat.
Mitos- Lelaki yang berusia lebih sukar untuk terangsang.
Fakta- Penuaaan tidak menyebabkan mati pucuk. Walau bagaimanapun, tahap hormon yang berkurangan menyebabkan beberapa perubahan. Seorang lelaki mungkin perlu lebih banyak ransangan fizikal untuk menjadi terangsang berbanding ketika usia muda. Tetapi ia sebenarnya tidak mempengaruhi keinginan lelaki terhadap seks.

~sumber~
Madinah Dinaik Taraf Selepas Musim Haji
Label: dinaik, haji, madinah, musim, selepas, tarafMADINAH – Kerajaan Arab Saudi akan membangunkan Madinah seperti apa yang dilakukan di Makkah pada masa ini bagi memberikan khidmat terbaik kepada umat Islam di seluruh dunia yang datang ke dua tanah suci itu bagi menunaikan haji, umrah dan ziarah.
Proses menaik taraf besar-besaran bandar Madinah terutama Masjid Nabawi akan bermula sebaik sahaja selepas musim haji tahun ini.
Timbalan Pengurus Besar (Madinah) Kementerian Haji Mohammad Al-Arabi berkata berikutan usaha pembangunan tiga tahun bermula di Makkah selepas musim haji tahun lalu, proses menaik taraf yang sama akan dijalankan di Madinah.
” Seperti yang anda semua tahu ada projek hebat di Makkah, pembesaranMasjidil Haram, kini tiba masa bagi Madinah (Masjid Nabawi). Projek pembesaran itu sudahpun diluluskan Raja Abdullah.
Melalui projek pembesaran itu, Masjid Nabawi akan dapat menampung 1.6 juta jemaah berbanding 800,000 orang sebelum ini.
” Ia berterusan secara selari. Ia merupakan pembesaran sepenuhnya. Proses awal sebenarnya telah bermula. Ia akan diteruskan tanpa mengganggu mereka yang tinggal di Madinah,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
Sebelum itu, beliau mengadakan perbincangan dengan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail.
Makkah kini dibangunkan secara besar-besaran. Ini membabitkan pembesaran Masjidil Haram termasuk meruntuhkan sebahagian masjid itu bagi memperbesar ruang solat.
‘Mataf’, satu kawasan sekitar Kaabah, juga akan diperluaskan bagi membolehkan bilangan jemaah melakukan tawaf sekeliling Kaabah ditingkatkan kepada 130,000 berbanding 48,000 sebelum ini.
Berikutan kerja menaik taraf kemudahan haji di Makkah, Arab Saudi terpaksa mengurangkan bilangan jemaah haji dari seluruh dunia tahun ini sebanyak 20 peratus dan 50 peratus jemaahnya bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah haji.
Sementara itu, Al-Arabi berkata Kementerian Haji mendapatkan pandangan dari jemaah haji sebelum ini dan akan berusaha meningkatkan khidmatnya bagi musim haji tahun ini.
” Tahun ini kami beri perhatian terutamanya bagaimana kita mahu jemaah haji benar-benar berpuas hati. Kami mahu berada lebih dekat dengan jemaah..terutamanya mengenai hal ehwal haji. Kami akan memberi perhatian kepada mereka sebagai pelanggan kami.
” Kami benar-benar mahu perjalanan mereka selamat. Kami juga tidak mahu mereka menghabiskan masa berkenaan prosedur terutama di lapangan terbang dan kaunter pertanyaan. Kami mahu mereka terus sahaja ke tempat penginapan mereka.Kami hanya mahu mereka berasa begitu dekat dengan Allah. Jemaah yang datang dari seluruh dunia hanya mahu mencapai matlamat ini,” katanya.
Katanya sebagai sebahagian daripada proses meningkatkan perkhidmatan, mereka mahu berada dekat dengan jemaah haji dan juga ingin tahu kesan dan nilai perkhidmatan yang disediakan kepada jemaah selain mendengar pandangan jemaah haji.
Mengenai kerjasama di antara kementerian dan Tabung Haji, Al-Arabi berkata beliau benar-benar bangga dengan kerjasama antara kedua pihak itu yang telah dapat membantu ramai rakyat malaysia menunaikan ibadah haji.
” Kami dengar pandangan mereka (Tabung Haji) dan mereka mendengar pandangan kami,” katanya. – BERNAMA
Datuk Yusof Haslam Dikejarkan Ke Hospital Selepas Rebah
Label: datuk, dikejarkan, haslam, hospital, ke, rebah, selepas, yusof
Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, 59, bakal menjalani pembedahan membuang batu karang di Hospital Pakar KPJ Tawakkal di Petaling Jaya selepas dimasukkan ke hospital itu pagi Isnin.Isterinya Datin Patimah Ismail berkata, Yusof dikejarkan ke hospital itu kira-kira pukul 9 pagi Isnin selepas mengadu sakit pada bahagian perut ketika bangun pagi untuk solat Subuh selain mengalami kencing berdarah.
“Saya mula risau apabila dia hampir pengsan kerana menahan sakit selain wajahnya menjadi pucat. Saya tidak mengetahui punca sebenar kesakitan yang dialaminya dan terus membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” jelasnya.
Patimah memberitahu doktor mengesahkan suaminya mengalami penyakit batu karang dan perlu menjalani pembedahan segera bagi mengelak keadaannya bertambah teruk.
Katanya, Yusof akan menjalani pembedahan secara laser pada bahagian kanan perutnya pada petang Isnin.
“Keadaan suami sekarang stabil selepas doktor memberikan ubat tahan sakit sebelum menjalani pembedahan yang dijadualkan pada petang ini.
“Doakan supaya dia selamat menjalani pembedahan itu dan kembali sihat,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Patimah berkata, sebelum ini Yusof tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit batu karang dan hanya mengetahui perkara itu apabila dirujuk ke hospital pada pagi Isnin. wowberita