Tampilkan postingan dengan label tidak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tidak. Tampilkan semua postingan
Angry Birds Heikki Tidak Menarik
Label: angry, birds, heikki, menarik, tidakPada awalnya, salah satu game terbaru yang merupakan sekuel dari Angry Birds bernama Heikki dikabarkan akan dirilis oleh Rovio pada tanggal
18 Juni lalu. Namun, dikarenakan sesuatu hal, maka Rovio memundurkan jadwal peluncuran game tersebut menjadi
tanggal 25 Juni.
Pada akhirnya, Rovio menepati janjinya dengan merilis Angry Birds Heikki ini sesuai jadwal yang telah mereka publikasikan yaitu tanggal 25 Juni GMT wilayah Eropa dan sekitarnya atau tanggal 26 Juni GMT wilayah Asia termasuk Indonesia.
Sayangnya, untuk sementara ini, Rovio hanya mempersilakan pencinta game besutannya untuk memainkan Angry Birds Heikki di
situs resminyasaja. Menurut
Msn.com, Rovio belum berencana membuat versi
softwareuntuk game barunya ini. Selain hanya terdapat di
webgamesaja,
gameryang ingin memainkan game ini harus mendaftar terlebih dahulu sebelum memainkannya.
Seperti yang diberitakan sebelumnya, dalam penggarapan game ini, Rovio telah menjalin kerjasama dengan seorang pembalap Formula 1 asal Finlandia bernama Heikki Kovalainen. "Game ini merupakan bentuk dari
merchandisedan
webgamepartnership kami," jelas Rovio.
Walaupun Rovio mengatakan dalam game terbarunya ini banyak hal baru namun menurut beberapa pengamat mengatakan bahwa tidak ada penambahan hal baru yang menarik di game tersebut, hanya pergantian letak tempat pertempuran antara burung-burung pemarah dengan babi-babi hijau.
Menurut
Ubergizmo.com, Anrgy Birds Heikki ini mempunyai 12
trackatau
levelyang setiap tracknya harus dilewati seperti halnya seorang pembalap melewati
trackbalapnya.
Sumber
#bcfda5
K’jaan Jamin Harga Tepung Gula Tidak Naik
Label: gula, harga, jamin, k’jaan, naik, tepung, tidak
SEREMBAN – Kerajaan memberi jaminan harga tepung dan gula tidak akan naik di sebalik pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen diumumkan kerajaan, 3 Sept lepas.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berkata, jaminan itu berdasarkan persetujuan antara kementerian dengan beberapa pengeluar dan pengilang utama dua komoditi makanan itu, semasa pertemuan pada Selasa.
“Saya gembira apabila mereka juga memberitahu bahawa bekalan gula dan tepung mencukupi.
“Mereka juga bersetuju untuk tidak menaikkan harga barangan itu dan ini bermakna peniaga tidak boleh menaikkan harga barangan berkenaan sewenang-wenangnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Bengkel Kefahaman Undang-undang dan Pemeriksaan kepada Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia, di sini, Khamis.
Menurut beliau, kementerian sebelum ini mengadakan pertemuan serupa dengan pengilang dan pengeluar barangan lain termasuk pengusaha pasar raya berhubung isu sama. Katanya, kebanyakan mereka bersetuju dan menyokong langkah kerajaan mengurangkan subsidi petrol RON95 dan diesel yang membawa kepada kenaikan 20 sen harga dua bahan api terbabit.
“Mereka memahami hasrat kerajaan dalam mengurangkan subsidi minyak ini adalah untuk memperkukuhkan ekonomi negara dan mereka bersetuju untuk sama-sama membantu (dengan tidak menaikkan harga barangan),” katanya.
Dalam pada itu, Hasan berkata sejak pengumuman kerajaan berhubung pengurangan subsidi minyak itu, sebanyak 30,538 pemeriksaan dibuat terhadap peniaga menerusi Ops Harga.
Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 157 kesalahan dikesan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972 dengan kompaun RM16,530 dikeluarkan.
“Kita juga membuat rampasan barangan bernilai RM55,382.20 terhadap peniaga terbabit yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk menaikkan harga barangan, tidak mempamerkan harga dan menjual barangan tiruan,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai bengkel tersebut, Hasan berkata ia bertujuan memberi pengetahuan dan pemahaman kepada penghulu dan penggawa mengenai peranan mereka sebagai pemantau harga barangan di kawasan masing-masing. – BERNAMA
Pilihan raya kampus tidak kena mengena PRU13
Label: kampus, kena, mengena, pilihan, pru13, raya, tidak sinar harian
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
30 September 2012
30 September 2012
Pilihan Raya Kampus.
SHAH ALAM - Keputusan pilihan raya kampus universiti awam tempatan yang baru selesai tidak boleh dijadikan ukuran arah aliran sokongan golongan muda dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), demikian menurut beberapa penganalisis.
Ahli Majlis Profesor Negara, Prof Dr Jayum Jawan menegaskan, keputusan pilihan raya kampus yang menunjukkan kumpulan Pro-Aspirasi menguasai sebahagian besar institusi pengajian tinggi di negara ini tidak ada kaitan dengan pilihan raya umum.
“Pilihan raya kampus tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya umum, jadi keputusannya juga tidak ada kaitan dengan pilihan raya peringkat nasional itu.
“Melalui pilihan raya kampus ini, ia dapat menjadi sebahagian daripada latihan kepada pelajar yang bakal menjadi pemimpin kepada masa depan,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Beliau berpandangan bahawa setiap calon wajar diberi ruang untuk mengutarakan idea dan pendapat di hadapan pengundi yang terdiri daripada pelajar tanpa sekatan.
“Tindakan melaga-laga antara pelajar tidak wajar dilakukan, malah universiti juga tidak sepatutnya menyekat mereka daripada memberi pandangan kerana kita mahukan pandangan yang pelbagai,” jelasnya.
Keputusan pilihan raya kampus bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 termasuk dua kerusi yang menyaksikan pengundian semula kelmarin menunjukkan kumpulan Pro-Aspirasi menguasai sebahagian besar institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Pengundian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditangguhkan ekoran masalah teknikal.
Daripada 20 IPTA, Pro-Aspirasi dilihat menang sekurang-kurangnya 13 universiti setakat Selasa lalu. Ia juga mendakwa telah menguasai Universiti Malaya susulan pengundian semula kelmarin dan pendirian dua wakil bebas dikatakan menyokong mereka. Bagaimanapun Pro-Mahasiswa mendakwa kemenangan di UM masih memihak kepada mereka.
Sementara itu, menurut pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Mohd Bustamam Abd Karim, kemenangan kumpulan Pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus sesi ini merupakan indikator kepada PRU13.
“Kemenangan ini memberi kesan kepada golongan muda memandangkan ramai daripada mereka merupakan pengundi baru yang layak mengundi,” katanya.
Tambahnya, “malah ia memberi gambaran jentera pilihan raya sedia ada tidak kira Barisan Nasional ataupun pembangkang.”
Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia pula berpendapat bahawa kemenangan Pro-Aspirasi yang berjaya menawan dua pertiga IPTA itu bukan jaminan sokongan ke atas BN dalam pilihan raya umum akan datang.
“Tidak semestinya, jika sekarang Pro-Aspirasi menang, semua pelajar akan menyokong ideologi mereka pada pilihan raya nanti.
“Ada juga pelajar yang menyokong Pro-Aspirasi di kampus tetapi pada pilihan raya peringkat nasional menyokong pembangkang begitu juga sebaliknya. Perkara ini sukar diramal,” katanya.
Tiga penganalisis ini bersetuju bahawa pilihan raya kampus merupakan proses yang signifikan dalam universiti bagi memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk menjadi pemimpin.
Mereka juga sependapat di mana perbuatan melabel pelajar seperti Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa merupakan satu kesilapan.
“Tindakan melabel pelajar ini silap. Kita tidak boleh melabel pelajar sebagai Pro-Aspirasi atau Pro-Mahasiswa kerana mereka pelajar.
“Apabila mereka menang dalam pilihan raya ini, pelajar yang menang. Bukan Pro-Aspirasi mahupun Pro-Mahasiswa,” jelas Jayum.
Menurut Azizuddin pula, kesemua pelajar yang bertanding dalam pilihan raya kampus sebenarnya bertanding secara individu dan sepatutnya tidak wujud Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa.
“Sewajarnya tidak wujud label seperti ini tetapi hakikatnya, sejak dulu lagi memang wujud perlawanan ideologi sehingga mewujudkan Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa,” katanya.
Bustamam pula berkata label Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa itu hanya sekadar ‘cap’ sahaja yang akan dihapuskan selepas dilantik sebagai MPP.
“Jangan sisihkan golongan minoriti yang menang tetapi berbeza ideologi, kerana pemimpin perlu mengawal secara menyeluruh untuk kemajuan semua pihak,” katanya.
Adda Kembali Ke Imej Tidak Bertudung
Label: adda, bertudung, imej, ke, kembali, tidakNampaknya kehidupan Adda selepas bercerai dengan suaminya semakin tidak menentu. Untuk yang tidak tahu, Adda telah pun diceraikan selepas hanya berkahwin selama 17 hari. Sebelum ini Adda pernah bercinta dengan Mamat Sepah. Ketika itu Adda tampil dengan imej tidak bertudung.
Semasa majlis perkahwinannya, Adda telah pun memakai tudung dan tampak begitu cantik sekali. Selepas diceraikan, Adda masih kekal dengan imej bertudung litup.
Namun tidak lama kemudian, Adda tiba-tiba tampil dengan imej seperti Datuk Siti Nurhaliza iaitu dengan hanya memakai penutup kepala.
Dan semalam, Adda kembali semula kepada imej tidak bertudung sepenuhnya. Agak mengejutkan namun nampak seperti Adda masih tidak bersedia untuk memakai tudung.
Dan semalam, Adda kembali semula kepada imej tidak bertudung sepenuhnya. Agak mengejutkan namun nampak seperti Adda masih tidak bersedia untuk memakai tudung.
Ditanya mengenai isu sekejap pakai tudung sekejap tidak ini, Adda berkata kepada Pancaindera:-
Sebab itu juga Adda minta jangan besarkan isu Adda tak pakai tudung. Adda cuma manusia biasa yang tak lepas daripada membuat kesilapan. Ini adalah diri Adda yang sebenar. Asalkan Adda tahu batas dan tak malukan nama keluarga, Adda harap semua orang terima Adda yang baru
Abang Nara nampak Adda seperti tidak memandang serius akan perkara ini. Namun pastinya Adda ada sebab yang tersendiri. Semoga pintu hati Adda akan terbuka kembali untuk memakai tudung seperti dulu.
Rahasia Yang Tidak Boleh Anda Sembunyikan Dari Dokter
Label: anda, boleh, dari, dokter, rahasia, sembunyikan, tidak, yangSaat mengkonsultasikan penyakit yang dirasakan kepada dokter, terkadang ada beberapa hal yang tidak ingin Anda katakan dengan jujur karena mungkin merasa malu atau takut menerima kenyataan. Padahal, hal yang Anda sembunyikan tersebut bisa saja menjadi lebih berbahaya jika terlambat ditangani.Berikut adalah hal yang harus Anda katakan secara jujur saat berkonsultasi dengan dokter seperti dikutip dari Health Me Up.
1. Konsumsi Vitamin atau Suplemen
Vitamin dan suplemen kesehatan yang dijual bebas di pasaran membuat masyarakat mudah membelinya tanpa anjuran dokter sehingga terkesan aman dikonsumsi. Padahal, suplemen dapat mengakibatkan gejala-gejala tertentu yang mengganggu proses pengobatan. Jamu herbal yang biasa digunakan untuk meningkatkan ingatan dapat mempengaruhi pengobatan tekanan darah. Sedangkan kalsium yang banyak dikonsumsi oleh wanita dapat mengurangi tingkat penyerapan terhadap antibiotik.
2. Buang Air Berdarah
Buang air tentunya adalah topik yang bersifat pribadi dan tidak ingin dibahas sekalipun dengan dokter pribadi Anda. Namun jika mengalami buang air yang mengandung darah, sebaiknya Anda langsung konsultasikan kepada dokter karena hal tersebut adalah gejala kanker kolorektal (tumbuh pada jaringan usus besar) yang pertumbuhannya cepat dan mematikan jika terlambat ditangani. Konsultasikanlah kejadian tersebut sekalipun itu hanya sembelit.
3. Depresi
Banyak orang yang berpikir bahwa depresi adalah hal biasa yang akan berlalu dengan sendirinya. Padahal, emosi dapat mempengaruhi kesehatan Anda seperti mudah merasa lelah, kehilangan nafsu makan, dan sakit perut. Untuk mencegah kondisi yang lebih parah lagi, konsultasikanlah rasa depresi Anda kepada dokter ataupun ginekolog yang terlatih untuk merawat pasien mengatasi depresi. Jika merasa tidak nyaman untuk berkonsultasi seorang diri ke dokter, mintalah teman atau keluarga untuk menemani Anda.
4. Pengetahuan dari Internet
Internet yang kini mudah diakses dan memuat segala macam bentuk informasi membuat Anda dengan mudah mencari tahu informasi tentang permasalahan kesehatan yang Anda alami. Tidak sedikit orang yang percaya akan apa yang mereka baca di internet lalu mendiagnosa penyakitnya sendiri. Padahal informasi tersebut belum tentu benar. Daripada menyembunyikan apa yang Anda ketahui, konsultasikanlah kepada dokter lalu tanyakanlah apakah Anda harus mewaspadai gejala yang dialami tersebut atau tidak.
5. Gaya Hidup Tidak Sehat
Pola makan dan olahraga yang tidak sehat seringkali dianggap remeh oleh banyak orang. Padahal, dua hal tersebut adalah pemicu penyakit kronis seperti serangan jantung dan diabetes. Untuk itu, konsultasikanlah pola makan Anda kepada dokter meskipun Anda tidak mengalami masalah dengan berat badan.
6. Menghentikan Pengobatan
Saat tengah menjalani pengobatan, kadangkala pasien mengalami efek samping lalu menghentikan pengobatan tanpa mengkonsultasikannya terlebih dahulu pada dokter. Padahal obat-obatan tersebut memang diatur sedemikian rupa oleh dokter untuk memperbaiki kondisi kesehatan Anda. Maka dari itu, jika mengalami masalah dengan pengobatan yang tengah dijalani, lebih baik konsultasikanlah kepada dokter untuk mengubah pengobatan lainnya yang tidak menimbulkan efek samping yang sama.
7. Masalah Seksual
Tidak banyak pasien yang mau terbuka membicarakan tentang masalah seksual yang dialaminya kepada dokter. Padahal bagi wanita, masalah seksual bisa menjadi gejala penyakit fisik seperti stress, kegelisahan, depresi, dan bahkan anoreksia.
8. Riwayat Kesehatan
Saat pertama kali berkonsultasi dengan dokter baru, ceritakanlah riwayat kesehatan Anda sedari kecil sampai saat ini. Operasi yang pernah Anda jalani, latar belakang kesehatan keluarga dekat, kondisi saat ini, dan vitamin atau suplemen yang sedang dikonsumsi serta efek yang dirasakan. Setelah mengetahui seluruh riwayat kesehatan Anda, dokter dapat mendiagnosa dan menentukan pengobatan yang tepat untuk Anda.
Sumber
#bcfda5