Tampilkan postingan dengan label hati. Tampilkan semua postingan

Hati hati Dengan Kenalan Facebook Anda
Label: anda, dengan, facebook, hati, kenalanKOTA BHARU – Seorang pemuda berusia 20 tahun terpaksa mengorbankan usia mudanya di penjara apabila dihukum penjara selama 11 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana kesalahan rogol.
Hukuman diputuskan Hakim Mohd Yusuff Yunus selepas tertuduh, Mohamad Najibullah Razali, 20, mengaku bersalah merogol wanita yang dikenalinya di facebook.

Tertuduh ketika itu berusia 18 tahun didakwa merogol mangsa sebaya dengannya di kawasan semak Cherang Ruku, Pasir Puteh, antara jam 10 malam dan 1 pagi, 2 Disember 2011.
Dalam kejadian itu, mangsa yang selesai kerja di sebuah pasar raya di Machang diajak tertuduh keluar minum sebelum menghantarnya ke rumah.
Lelaki yang hanya tamat persekolahan tingkatan dua itu kemudian memandu kereta milik bapanya menuju ke Pasir Puteh dan berhenti mengambil seorang lelaki pada tengah perjalanan.
Mangsa enggan mengikut, bagaimanapun ditampar sebelum digari ke dalam kereta. Sampai di kawasan semak, dia dirogol. Sekali lagi mangsa melawan, malangnya dia ditampar dan ditolak ke tanah.
Pada prosiding semalam, laporan akhlak dikemukakan mengatakan tertuduh anak yang baik dan tidak pernah dipukul bapanya selain tidak pernah mendapat pendidikan agama. Dia melalui peguamnya memohon hukuman penjara minimum bimbang tertuduh bercampur dengan penjenayah tegar.
Sumber dan Berita Penuh

Hati hati dengan panggilan SCAM dari nombor TM
Diposting oleh
Unknown
di
14.33
.
0
komentar
Kami menerima satu email yang meminta kami berkongsi berkenaan penipuan (scam) yang menggunakan nombor telefon TM yang biasa kita gunakan atau tahu iaitu “100″ untuk mendapatkan maklumat peribadi anda biarpun anda pengguna UniFi, Streamyx ataupun tidak. Apapun nombor tersebut bukanlah “100″ tetapi “*1000″. Selepas panggilan diangkat, suara operator (suara robot) akan meminta anda untuk menekan butang 9 dan selepas itu ada yang akan melayani anda persis para operator TM.
Pengirim meminta namanya dirahsiakan jadi kami paparkan sahaja email tersebut.
i’ve lodge a police report regarding this matter. On 7 sept 2012, at 0952am.. My aunt received a call from +100 stating that she has outstanding UNIFI balance; RM3000.. the balance are on machine voice, and there’s a function “press 9 to talk with operator”.. my aunt press 9 and answered by a chinese man. he asked for full name, and IC number for reference, and told that she has RM3000 unpaid unifi balance for 3 month of nonpayment. we gone to TM Cheras to check, and shockingly, there’s no balance, or UNIFI request at all, means that she’s never make UNIFI request. plus she are using STREAMYX rather than UNIFI.. upon hearing the shocking news, we’ve gone to SUNGAI BESI POLICE STATION to make report, because her details including FULLNAME and IC NUMBER are already given to the chinese man.Report and Picture evidence that the call made by +100 are attached. hopefully you can take action on such a scam, because as far as we know +100 belong to TM NET..
Di atas ini adalah email asal yang dihantar kepada pihak TM untuk tindakan selanjutnya di mana telah di’forward kepada pihak kami untuk perkongsian kepada semua pembaca OH! Tidak. Sila alert tentang perkara ini. Kongsikan kepada keluarga dan insan yang anda sayangi agar mereka tidak menjadi mangsa sindiket penipuan yang pastinya mempunyai satu perancangan lain yang amat terancang.
Selain gambar yang kami paparkan di awal artikel ini, berikut adalah laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa;
Sumber - OhTidak
PAS berjaya sentuh hati masyarakat bukan Islam Sabah
Label: berjaya, bukan, hati, islam, masyarakat, pas, sabah, sentuh| Harakahdaily, | 04 Mac 2013 |
(Mujahid bersama rakyat Sabah melancarkan Impian Malaysia)
KOTA KINABALU: Dialog antara agama yang dianjurkan PAS telah berjaya menyuntik minat masyarakat bukan Islam di negeri ini untuk lebih memahami berkenaan parti Islam itu.
PAS, yang seringkali dimomokkan oleh Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang radikal dan eksklusif tidak lagi dijadikan bahan ketakutan masyarakat bukan Islam untuk lebih rapat serta mengenali secara mendalam tentang PAS.
Menurut AJK PAS Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, PAS sentiasa membuka pintu untuk berdialog dengan semua pihak dalam menerangkan pendirian parti itu terhadap isu semasa yang berlaku.
“Dengan penjelasan yang baik dan ilmiah, ketinggian dan keadilan ajaran Islam dapat ditunjukkan kepada masyarakat non-muslim.
“Islam datang membawa mawaddah dan rahmat kepada alam dan ia perlu diterjemahkan dalam tindakan setiap muslim.
"Umno telah menunjukkan ajaran Islam yang salah dengan mengamalkan nepotisme dan juga korupsi dalam perbuatan mereka,” jelas beliau.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Malaysia, dalam rangka lawatan ke Sabah, padat dengan pelbagai program yang telah diatur oleh PAS Sepanggar, Pitas dan Tuaran.
Beliau dan beberapa pimpinan dari komponen Pakatan Rakyat turut menyampaikan ucapannya bersama kaum Tionghua di Menggatal.
Dalam program sama, beliau turut diberi peluang berdialog dalam satu "Dialog Rakyat: Kemana Hubungan Antara Agama" yang dianjurkan oleh PKR Cabang Tuaran dengan memberikan pandangan PAS berkaitan hudud, penggunaan kalimah Allah, negara Islam dan sebagainya.
Pada akhir program, beliau telah merasmikan pelancaran “Impian Malaysia” peringkat negeri Sabah.