Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan

PAS Johor sokong ura ura cuti mingguan Jumaat

. Senin, 10 Maret 2014
0 komentar

Harakahdaily, 12 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan PAS Negeri Johor menyokong penuh ura-ura Kerajaan Negeri Johor untuk mengembalikan semula cuti mingguan negeri kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai Januari 2014.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Mazlan Aliman berkata, sejarah hitam cuti mingguan negeri di tukar dari Jumaat kepada Ahad dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yasin sewaktu menjawat Menteri Besar sekitar tahun 1994 bagi kononnya meningkatkan ekonomi dan pelaburan asing ke Johor.

"Pertukaran cuti tersebut telah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam Johor. Ia turut diulas melalui teks khutbah hari Jumaat di masjid-masjid seluruh Johor. Bukan itu sahaja, wujud bantahan dan protes yang agak lama dari seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira idealogi politik," kata Mazlan dalam entri terbaru di laman facebooknya.

Beliau menambah, meskipun bantahan dan protes dilakukan rakyat, Muhyiddin dan Kerajaan Negeri Johor tetap berkeras.

Kesan pertukaran cuti mingguan itu, ujarnya mengakibatkan kesukaran kepada para pekerja beragama  Islam termasuk kakitangan kerajaan yang terpaksa bergegas ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat manakala pekerja sektor swasta berdepan kerenah sesetengah majikan yang enggan membenarkan mereka menunaikan solat Jumaat dengan pelbagai alasan termasuk menjejaskan produktiviti.

"Lebih memburukkan keadaan, para remaja telah mengambil peluang waktu solat Jumaat untuk lepak dan berpeleseran di kompleks membeli belah, kafe dan lokasi tertentu dan bukannya mengimarahkan Masjid untuk mendengar khutbah dan Solat Jumaat.  Ia meningkatkan gejala sosial dalam masyarakat," ujarnya.

Beliau berharap berita yang tersebar di kalangan rakyat itu menjadi kenyataan dan PAS Johor yakin dan percaya kemuliaan dan keberkatan hari Jumaat, penghulu segala hari; bakal memberi sinar baru dan keselesaan kepada rakyat dan ekonomi negeri terus berkembang.

"Bagi masyarakat nonmuslim, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana ia adalah langkah mengembalikan semula cuti mingguan yang telah dipraktikkan sekian lama sebelum ini.

"Kehidupan rakyat berbagai kaum berjalan seperti biasa, meskipun berlaku perubahan cuti dan pindaan-pindaan tertentu dalam urusan pentadbiran dan ekonomi. Yang penting, persefahaman rakyat tidak akan terjejas sepertimana cuti mingguan yang diamalkan di Kelantan, Kedah dan Terengganu," ujarnya.
Read More..

Walau sokongan kepada Pakatan turun PoliTweet ramal PAS pertahan Sungai Limau

. Selasa, 18 Februari 2014
0 komentar
Oleh Md Izwan October 10, 2013
Badan pengkaji politik atas talian, PoliTweet.org meramalkan Pakatan Rakyat (PR) akan mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, walaupun kajian terbaru mendapati sokongan kepada pembangkang menurun selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.
Kajian terkini oleh badan itu mendapati sokongan kepada PR menurun khususnya di kalangan pengundi berusia dalam lingkungan 21 ke 64 tahun, terutama mereka yang berusia antara 25 ke 50 tahun.
"Kami mendapati sokongan kepada PR menurun kepada 6.5% iaitu daripada 63% kepada 57%.

 "Bagaimanapun, PR berkemungkinan mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil kali ini," kata PoliTweet dalam laporan hari ini.
Dalam laporan itu, PoliTweet juga mendedahkan pengundi atas pagar dan "condong kepada Barisan Nasional (BN)" semakin meningkat, berbanding kepada PR pada PRU13 lalu.
"Sokongan purata kepada PR bagi setiap pengundi menurun dengan jumlah sekitar 2.86%.
"Sokongan wanita turun 2.83% manakala lelaki menurun kepada 2.89%," kata laporan itu.

Bagaimanapun, PoliTweet berkata, jumlah penurunan sokongan 19, 202 pengundi (70.38%) tersebut masih kecil untuk diambil kira sebagai faktor utama bagi membantu BN memenangi pilihan raya di Sungai Limau.
"Namun, penurunan ini masih kecil untuk memberi kesan kepada keputusan kerana sokongan purata daripada pengundi adalah 57%.
"Majoriti yang turun antara 1 ke 7% sahaja, bermakna kebanyakan penyokong bertukar sama ada menjadi pengundi atas pagar atau kekal menyokong parti pilihan mereka," katanya.

Kaedah yang digunakan oleh PoliTweet bagi kajian yang dijalankan sama seperti yang digunakan semasa PRU13 lalu iaitu dengan memadankan keputusan saluran pusat mengundi dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU12).
Bagi kajian di Sungai Limau, badan pengkaji tersebut membuat perbandingan kiraan dengan menggunakan keputusan saluran pusat mengundi semasa PRU13 untuk memperoleh anggaran ramalan.
PRK Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah.
Dalam pilihan raya lalu, PAS dan Pakatan Rakyat Kedah kehilangan negeri Kedah apabila hanya berjaya mendapat 16 kerusi manakala BN memperoleh 20 kerusi DUN.

Azizan memperolehi 13,294 undi menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan 10,520 undi dan dua lagi calon bebas iaitu Abdullah Hashim dan Sobri Ahmad yang masing-masing hilang wang pertaruhan.
Jika PAS kalah kerusi Sungai Limau kali ini, ia bukan sahaja kehilangan kerusi tetapi kehilangan harga dirinya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Sungai Limau akan berlangsung pada 4 November dan hari penamaan calon pada 23 Oktober ini.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada hari pengundian awal dan terdapat 27, 222 orang pengundi yang akan mengundi di kawasan itu. – 10 Oktober, 2013. The Malaysian Insider
Read More..

Pas Kelantan SPRM wajar tapis nama calon

. Rabu, 01 Januari 2014
0 komentar
sinarharian
21 Disember 2012
Nik Aziz
Nik Aziz
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik cadangan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menapis terlebih dahulu senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, Pas Kelantan bersedia untuk menyerahkan senarai nama calon yang terlibat dalam pilihan raya umum akan datang bagi melalui proses tapisan SPRM seperti dicadangkan.
Menurutnya, langkah tersebut adalah baik untuk dilaksanakan supaya calon benar-benar bersih daripada amalan rasuah yang sememangnya boleh mencemarkan nama baik parti mahupun individu itu sendiri.
“Baguslah cadangan ini dan ia perlu dilakukan terhadap tidak kira siapapun calon,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaafar mencadangkan parti politik mengemukakan senarai calon pilihan raya umum terdekat untuk ditapis oleh SPRM terlebih dahulu.

Berdasarkan cadangan itu, Johan berkata langkah tersebut dilaksanakan bagi memastikan calon yang bakal bertanding bersih daripada rasuah selain mengelak tanggapan tidak berasas ke atas individu bertanding mahupun parti.
Read More..

PAS berjaya sentuh hati masyarakat bukan Islam Sabah

. Kamis, 26 Desember 2013
0 komentar

Harakahdaily, 04 Mac 2013


(Mujahid bersama rakyat Sabah melancarkan Impian Malaysia)

KOTA KINABALU: Dialog antara agama yang dianjurkan PAS telah berjaya menyuntik minat masyarakat bukan Islam di negeri ini untuk lebih memahami berkenaan parti Islam itu.

PAS, yang seringkali dimomokkan oleh Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang radikal dan eksklusif tidak lagi dijadikan bahan ketakutan masyarakat bukan Islam untuk lebih rapat serta mengenali secara mendalam tentang  PAS.

Menurut AJK PAS Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, PAS sentiasa membuka pintu untuk berdialog dengan semua pihak dalam menerangkan pendirian parti itu terhadap isu semasa yang berlaku.

“Dengan penjelasan yang baik dan ilmiah, ketinggian dan keadilan ajaran Islam dapat ditunjukkan kepada masyarakat non-muslim.

“Islam datang membawa mawaddah dan rahmat kepada alam dan ia perlu diterjemahkan dalam tindakan setiap muslim.

"Umno telah menunjukkan ajaran Islam yang salah dengan mengamalkan nepotisme dan juga korupsi dalam perbuatan mereka,” jelas beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Malaysia, dalam rangka lawatan ke Sabah, padat dengan pelbagai program yang telah diatur oleh PAS Sepanggar, Pitas dan Tuaran.

Beliau dan beberapa pimpinan dari komponen Pakatan Rakyat turut menyampaikan ucapannya bersama kaum Tionghua di Menggatal.

Dalam program sama, beliau turut diberi peluang berdialog dalam satu "Dialog Rakyat: Kemana Hubungan Antara Agama" yang dianjurkan oleh PKR Cabang Tuaran dengan memberikan pandangan PAS berkaitan hudud, penggunaan kalimah Allah, negara Islam dan sebagainya.

Pada akhir program, beliau telah merasmikan pelancaran “Impian Malaysia” peringkat negeri Sabah.
Read More..