Feri Tenggelam 24 Maut 280 Masih Hilang

. Rabu, 01 Januari 2014

FILIPINA – Sekurang-kurangnya 24 maut dan lebih 280 hilang selepas feri, MV Thomas Aquinas yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah kapal kargo, kira-kira 2 kilometer dari pantai.

Feri membawa 692 penumpang itu berlanggar dengan kapal kargo tersebut, lewat petang semalam, kata pegawai rasmi yang dipetik dari BBC.

“Impaknya sangat kuat,” kata jurucakap bagi pemilik feri tersebut, Rachel Capuno kepada radio tempatan.

Mangsa yang terselamat memberitahu, penumpang lain terjun ke laut apabila feri itu mula tenggelam.

Krew feri tersebut sempat mengedarkan jaket keselamatan kepada penumpang.

Laporan menyebut, sebahagian besar penumpang sedang tidur dan sebahagiannya berusaha mencari jalan keluar dalam gelap.

Salah seorang mangsa yang terselamat, Jerwin Agudong  berkata dirinya dan penumpang lain terjun ke laut demi menyelamatkan diri.

“Ia kelihatan seperti sebahagian penumpang tidak dapat keluar.

“Saya kesian dengan kanak-kanak. Kami nampak mayat-mayat dan ada juga yang sedang diselamatkan,” kata Agudong  memberitahu stesen radio, DZBB.

Menurut laporan berita AFP, feri itu tenggelam dalam tempoh 30 minit.

“Mereka menggunakan lampu mencari untuk mengesan mangsa dalam air tapi ada kemungkinan terlepas pandang apa-apa yang terapung di lautan,” kata pegawai rasmi di ibu pejabat awam kawalan pantai di Manila, Joy Villagas kepada AFP.


0 komentar: