Pemuda Mati Di P Pinang Lepas 15 Jam Main Permainan Komputer Tanpa Henti

. Sabtu, 08 Februari 2014
0 komentar

GEORGE TOWN – Seorang pemuda, dipercayai bermain permainan komputer secara berterusan selama lebih 15 jam ditemui telah meninggal dunia dalam keadaan terlantar pada peralatan itu di biliknya di Bandar Baru Air Itam pada Isnin.

Ong Yee Haw, 23, yang keluar dari rumah untuk ke kafe siber pada Ahad petang, hanya pulang ke rumah pada kira-kira pukul 1 petang hari berikutnya.

Difahamkan bahawa dia pulang ke rumah dan terus bermain menggunakan komputernya di biliknya, di mana dia ditemui telah meninggal dunia oleh bapa saudaranya yang mahu memeriksa keadaannya pada kira-kira pukul 4 petang.

Ibu Ong, Chew Qun Juan, 62, berkata bahawa anak lelaki tunggalnya itu begitu ketagih dengan permainan komputer sejak dia berhenti kerja di sebuah restoran lima bulan lalu, selepas dia terlibat dalam satu kemalangan motosikal.

“Dia mengalami kecederaan di tangan kanannya dan berhenti kerja selepas itu.

“Saya telah mengingatkan dia berulang kali untuk tidak menghabiskan masa yang terlalu lama dengan bermain komputer tetapi dia tidak pernah dengar nasihat saya,” katanya di bilik mayat Hospital Pulau Pinang pada Selasa.

Upacara persemadian Ong akan dilakukan di krematorium Batu Gantung.
Read More..

Ngeri Wanita Tersangkut Di Atas Pagar

. Jumat, 07 Februari 2014
0 komentar

China – Ngeri dan menakutkan. Seorang wanita yang sedang mencuci tingkap di sebuah bangunan, telah terjatuh ke atas pagar besi.

Keadaan itu menyebabkan badannya tersangkut pada batang besi yang tajam itu.

Besi tersebut tercucuk di bahagian badan serta kepalanya, namun nasib baik kerana wanita itu masih hidup dan berada dalam keadaan sedar.

Bomba terpaksa dipanggil dan mereka menggunakan gergaji untuk memotong batang besi itu.

Namun besi yang tercucuk dalam kepalanya itu tidak dikeluarkan dan dia dihantar ke hospital untuk rawatan.

Lokasi kejadian tidak dinyatakan namun aksi mendebarkan itu telah dirakamkan.
Read More..

‘Lemak Kampung Santan’ Kini Di Tonton

. Kamis, 06 Februari 2014
0 komentar

PETALING JAYA – Buat penggemar filem yang terlepas menyaksikan Lemak Kampung Santan di layar perak, filem itu ditayangkan secara ekslusif menerusi portal video Tonton (www.tonton.com.my).

Filem yang akan ditayangkan bermula Isnin, 9 September 2013 pukul 12 tengah hari itu hanya dikenakan bayaran sebanyak RM8 dan ia boleh ditonton pad bila-bila masa sahaja saluran Tonton Premium.

Menampilkan pelakon Khir Rahman, Natasha Hudson, Harun Salim Bachik, Awie, Adlin Aman Ramli, Afdlin Shauki dan Ashraff Fahmy, filem arahan Hans Isaac itu mengisahkan suka-duka percintaan antara lelaki kaya dengan seorang gadis kampung.

Ridzuan (Hans Isaac) yang merupakan ketua projek pembinaan bakal membangunkan sebuah resort bertaraf antarabangsa di Kampung Santan dan memaksa semua penduduk kampung itu untuk berpindah.

Bagaimanapun Ridzuan telah jatuh cinta dengan seorang gadis kampung tersebut bernama Tiqa (Neelofa) dimana pertemuan pertama mereka berlaku secara tidak sengaja ketika Ridzuan sedang menuju ke Kampung Santan untuk perbincangan projeknya itu.

Namun, sepanjang perkenalan mereka Ridzuan cuba menyembunyikan kenyataan perit ini demi menjaga hati Tiqa serta penduduk lain disebabkan perasaan cinta yang mulai mekar di dalam dirinya terhadap Tiqa.

Dalam masa yang sama, Tiqa tidak mengetahui akan kewujudan Sofia (Natasha Hudson), kekasih Ridzuan yang turut terlibat dalam projek pembangunan Kampung Santan.

Filem yang menjalani penggambaran pada tahun 2011 ini turut mengguna-pakai teknik CG (Computer Generated).

Bagi yang terlepas menyaksikan Lemak Kampung Santan, daftar akaun secara percuma menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet (peranti Android & iOS) untuk akses ke Tonton

Aplikasi TV Tonton juga turut terdapat di Samsung SMART TV dan ikuti Tonton menerusi Facebook, Twitter & Instagram (@tontonMY) untuk berita dan perkembangan terkini. – mStar Online
Read More..

Jumpa Rakan ‘Nyawa Nyawa Ikan’

. Rabu, 05 Februari 2014
0 komentar
seremban

Seremban – Seorang pembantu gerai ayam ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dengan kesan kecederaan di kepala dan muka di Pasar Besar Seremban, di sini, semalam, dipercayai dipukul individu tidak dikenali sebelum ditinggalkan di situ.
Difahamkan, lelaki berusia 48 tahun itu ditemui berhampiran gerai di tingkat dua pasar berkenaan oleh rakannya yang kebetulan mahu membersihkan kawasan berkenaan untuk berniaga, kira-kira jam 3 pagi.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya masih menyiasat motif serangan itu sama ada mangsa dirompak atau mendapat kecederaan sendiri berikutan lelaki itu masih tidak sedarkan diri dan sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
“Berikutan mangsa masih tidak sedarkan diri, kita tidak dapat mengetahui bagaimana dia mendapat kecederaan di kepala sekali gus merakam percakapannya.
“Justeru, kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan mahu orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, rakan mangsa yang enggan dikenali berusia 40-an berkata, ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ namun masih boleh menggerakkan kakinya seperti meminta pertolongan.
“Saya sedar mangsa berada di celahan gerai apabila dia mengangkat kedua-dua kakinya untuk memaklumkan dia berada di situ.
“Sebaik menjenguk, saya terkejut melihat kepala dan muka mangsa berlumuran darah sebelum terus menghubungi pasukan paramedik untuk menghantarnya ke hospital,” katanya.
Menurutnya, dua minggu lalu kejadian sama berlaku yang menyebabkan seorang lelaki cedera selepas disamun di tandas awam di pasar berkenaan. – Harian Metro
Read More..

Pilihan raya kampus tidak kena mengena PRU13

. Selasa, 04 Februari 2014
0 komentar
sinar harian
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
30 September 2012
Pilihan Raya Kampus.
Pilihan Raya Kampus.
SHAH ALAM  - Keputusan pilihan raya kampus universiti awam tempatan yang baru selesai tidak boleh dijadikan ukuran arah aliran sokongan golongan muda dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), demikian menurut beberapa penganalisis.
Ahli Majlis Profesor Negara, Prof Dr Jayum Jawan menegaskan, keputusan pilihan raya kampus yang menunjukkan kumpulan Pro-Aspirasi  menguasai sebahagian besar institusi pengajian tinggi di negara ini tidak ada kaitan dengan pilihan raya umum.
“Pilihan raya kampus tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya umum, jadi keputusannya juga tidak ada kaitan dengan pilihan raya peringkat nasional itu.
“Melalui pilihan raya kampus ini, ia dapat menjadi sebahagian daripada latihan kepada pelajar yang bakal menjadi pemimpin kepada masa depan,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Beliau berpandangan bahawa setiap calon wajar diberi ruang untuk mengutarakan idea dan pendapat di hadapan pengundi yang terdiri daripada pelajar tanpa sekatan.
“Tindakan melaga-laga antara pelajar tidak wajar dilakukan, malah universiti juga tidak sepatutnya menyekat mereka daripada memberi pandangan kerana kita mahukan pandangan yang pelbagai,” jelasnya.
Keputusan pilihan raya kampus bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 termasuk dua kerusi yang menyaksikan pengundian semula kelmarin menunjukkan kumpulan Pro-Aspirasi menguasai sebahagian besar institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Pengundian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditangguhkan ekoran masalah teknikal.
Daripada 20 IPTA, Pro-Aspirasi dilihat menang sekurang-kurangnya 13 universiti setakat Selasa lalu. Ia juga mendakwa telah menguasai Universiti Malaya susulan pengundian semula kelmarin dan pendirian dua wakil bebas dikatakan menyokong mereka. Bagaimanapun Pro-Mahasiswa mendakwa kemenangan di UM masih memihak kepada mereka.
Sementara itu, menurut pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Mohd Bustamam Abd Karim, kemenangan kumpulan Pro-Aspirasi  dalam pilihan raya kampus sesi ini merupakan indikator kepada PRU13.
“Kemenangan ini memberi kesan kepada golongan muda memandangkan ramai daripada mereka merupakan pengundi baru yang layak mengundi,” katanya.
Tambahnya, “malah ia memberi gambaran jentera pilihan raya sedia ada tidak kira Barisan Nasional ataupun pembangkang.”
Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia pula berpendapat bahawa kemenangan Pro-Aspirasi yang berjaya menawan dua pertiga IPTA itu bukan jaminan sokongan ke atas BN dalam pilihan raya umum akan datang.
“Tidak semestinya, jika sekarang Pro-Aspirasi menang, semua pelajar akan menyokong ideologi mereka pada pilihan raya nanti.
“Ada juga pelajar yang menyokong Pro-Aspirasi di kampus tetapi pada pilihan raya peringkat nasional menyokong pembangkang begitu juga sebaliknya. Perkara ini sukar diramal,” katanya.
Tiga penganalisis ini bersetuju bahawa pilihan raya kampus merupakan proses yang signifikan dalam universiti bagi memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk menjadi pemimpin.
Mereka juga sependapat di mana perbuatan melabel pelajar seperti Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa merupakan satu kesilapan.
“Tindakan melabel pelajar ini silap. Kita tidak boleh melabel pelajar sebagai Pro-Aspirasi atau Pro-Mahasiswa kerana mereka pelajar.
“Apabila mereka menang dalam pilihan raya ini, pelajar yang menang. Bukan Pro-Aspirasi mahupun Pro-Mahasiswa,” jelas Jayum.
Menurut Azizuddin pula, kesemua pelajar yang bertanding dalam pilihan raya kampus sebenarnya bertanding secara individu dan sepatutnya tidak wujud Pro-Aspirasi  dan Pro-Mahasiswa.
“Sewajarnya tidak wujud label seperti ini tetapi hakikatnya, sejak dulu lagi memang wujud perlawanan ideologi sehingga mewujudkan Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa,” katanya.
Bustamam pula berkata label Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa itu hanya sekadar ‘cap’ sahaja yang akan dihapuskan selepas dilantik sebagai MPP.
“Jangan sisihkan golongan minoriti yang menang  tetapi berbeza ideologi, kerana pemimpin perlu mengawal secara menyeluruh untuk kemajuan semua pihak,” katanya.
Read More..

Dalam Kamus Macam2 Ada

. Minggu, 02 Februari 2014
0 komentar

Share

Follow fadah5 on Twitter
Read More..

Tips mengatasi susah tidur

. Sabtu, 01 Februari 2014
0 komentar
Bila teman-teman mengalami kesulitan tidur, ada baiknya mencoba beberapa tips seperti dilansir oleh Health.com berikut

1. Olahraga
Anehnya, aktif di sore hari dapat membantu Anda lebih mudah tidur di malam hari. Namun, pastikan kapan waktu terbaik bagi Anda.

2. Redupkan lampu
Anda mengalami kesulitan tidur? Maka, redupkan lampu kamar atau bahkan matikan. Ini bisa membuat Anda lebih nyaman dan lebih cepat tertidur.

3. Membaca
Para ahli merekomendasikan kegiatan membaca dengan cahaya lampu yang agak redup. Ini membuat Anda lambat-laun merasa lebih nyaman dan diakhiri dengan rasa kantuk.

4. Matikan TV
Cahaya lampu dari layar membuat tubuh tidak nyaman dan semakin susah tidur.

5. Hindari kafein
Konsumsi kafein bisa menyebabkan masalah susah tidur. Hindari kafein dua jam sebelum waktu tidur Anda.

6. Hindari makanan berat
Makanan berat membuat tubuh tetap terjaga semalaman. Ini dikarenakan tubuh butuh banyak energi untuk mencernanya.

Kurang tidur bisa mengurangi produktivitas tubuh. Anda semakin sulit berkonsentrasi dan meningkatkan kinerja. Maka, pastikan Anda punya waktu tidur yang cukup.
Read More..