Cara Membezakan Kucing Sebenar dan Kucing Jelmaan Jin

. Sabtu, 28 Desember 2013
0 komentar

Cara Membezakan Kucing Sebenar dan Kucing Jelmaan Jin


(Surah Yassin, Ayat 9)

Ayat tersebut boleh dijadikan sebagai doa pelindung sama ada untuk melindungi diri, keluarga atau harta. Semasa membaca perkataan "sadda" yang bermaksud benteng/dinding, bayangkan perkara yang ingin dilindungi itu dibentengkan oleh benteng yang sangat hebat. Petua ni diambil dari rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 yang membicarakan topik sihir. beliau merupakan seorang pengamal perubatan Islam.



Selain tu nak kongsi jugak mengenai ciri-ciri kucing jelmaan jin yang dikongsi dalam perbincangan tersebut:
Berwarna hitam.
Petua untuk membezakan kucing sebenar dengan kucing jelmaan jin, perhatikan pada mata kucing tersebut sama ada berkelip atau tidak. Sekiranya berkelip, maka itu adalah kucing sebenar. Jika tidak, itu adalah kucing jelmaan jin.
Cara mudah untuk membuatkan mata kucing tersebut berkelip, pegang kepala kucing kemudian garu/usap di bawah leher/tengkuk kucing tersebut. Kucing sebenar pasti akan berkelip matanya sekiranya ia diperlakukan sebegitu, manakala kucing jelmaan jin tetap tidak akan menutup matanya (berkelip).
Jika kucing tersebut adalah jelmaan jin, suruh kucing itu keluar dalam cara apa sekalipun.


Selain kucing, ustaz tu pun ada kongsi macam mana untuk membezakan antara ular sebenar dengan ular jelmaan jin. Kaedah yang sama, perhatikan mata ular, berkelip atau tidak.

sumber :http://arshad-terunadara.blogspot.com/2011/12/cara-membezakan-kucing-sebenar-dan.html
Read More..

Pemimpin PR tinggalkan kerusi selamat demi menangkan PR

.
0 komentar

Harakahdaily 

Muhammad Faizal, 22 Mac 2013
KUALA LUMPUR:Tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang mengambil keputusan untuk tidak bertanding di parlimen yang telah dimenangi dan memilih kawasan baru, adalah bagi membantu menaikkan momentum sokongan di tempat lain.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, kesanggupan berdepan resiko oleh tokoh-tokoh tersebut merupakan satu semangat juang Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya nanti.

"Keputusan yang diambil oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk beralih dari bertanding di tempat boleh menang kepada kawasan baru merupakan satu komitmen dalam menaikkan momentun kemenangan Pakatan Rakyat.

"Walaupun berdepan dengan risiko kekalahan tetapi tanggungjawab yang ditunjukkan sebagai pemimpin yang mahu memastikan kemenangan pada pilihanraya nanti perlu disambut oleh semua pihak dan ia juga merupakan satu lanskap baru dalam Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Salahudin adalah salah seorang yang bakal meninggalkan kawasan Kubang Kerian, Kelantan yang dimenanginya pada 2008 untuk bertanding di Johor pada PRU13 nanti.

Selain beliau beberapa lagi nama besar dalam Pakatan termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang yang akan meninggalkan Ipoh Timur, Perak untuk bertanding di Gelang Patah, Johor.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dikatakan akan bertanding sama ada di Perak atau Selangor iaitu keluar dari kawasan tradisinya Permatang Pauh.

Mengulas kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang menyifatkan Anwar sebagai lari dari Permatang Pauh kerana tidak yakin menang, Salahudin berkata kenyataan bekas perdana menteri itu satu kenyataan lapuk.

Malah katanya, tindakan Anwar itu melambangkan keterbukaan seorang pemimpin yang bersedia untuk berdepan pihak lawan di mana-mana kawasan yang ditentukan parti.
Read More..

Jimat RM30 bilion jika hapus seleweng

.
0 komentar
Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - PR menganggarkan penjimatan antara RM20 bilion dan RM30 bilion setiap tahun jika pembaziran dan penyelewengan berdasarkan Laporan Tahunan Ketua Audit Negara dihentikan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, wang negara boleh dijimatkan kalau kerajaan bertindak tegas terhadap kementerian terlibat dengan salah laku dan pembaziran.

"Antara contoh pembaziran besar dilaporkan adalah RM2.051 bilion dibelanjakan dari 2010 ke 2012 dari jumlah RM3.689 bilion peruntukan kepada Kementerian Pelajaran untuk membayar pengawal tidak bersenjata di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian.

"Walaupun ia berniat baik, namun ketiadaan sistem pemantauan mengakibatkan perkara itu disia-siakan dan dianggarkan sebanyak RM1.6 bilion dibazirkan," katanya.

Anwar berkata, pengurusan 83 projek Mansuh oleh Kementerian Kerja Raya, dianggarkan berjumlah RM2.2 bilion turut mencatat kerugian tinggi.

"Kerugian dianggarkan RM1.1 bilion atau 50 peratus daripada nilai asal disebabkan kelemahan pemantauan projek dan kegagalan menuntut balik bayaran daripada kontraktor," katanya.

Menurutnya, bagi menjamin perbelanjaan kerajaan diuruskan dengan efisien dan teratur, PR akan melancarkan program rasionalisasi kos untuk setiap kementerian dan jabatan kerajaan, khusus bagi mencapai pengurangan 10 peratus perbelanjaan operasi.

"Program ini akan dicapai melalui penangguhan sementara kenaikan elaun menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan kerajaan. PR turut menggariskan pengkajian polisi perbelanjaan kerajaan.

"Selain itu, mekanisme subsidi sasaran dan pengawalan barangan subsidi perlu diperkemaskan bagi mengelakkan salah guna,"katanya.
Read More..

10 Miss Teraneh Di Dunia

. Jumat, 27 Desember 2013
0 komentar
Selain Miss Universe, Miss World dan miss - miss yang lainnya ternyata ada yang jauh lebih menarik dari ajang ratu kecantikan sejagat tersebut, yang ini kebalikannya….

01. Miss Klingon Empire

Tahukah anda, Klingon adalah salah satu anggota dalam film Star Trex, ia adalah mahluk paling jelek dalam film tersebut.Di Atlanta AS pemilihan ratu paling mirip sama klingon ini diadakan tahun 2006 dan pemenangnya adalah Ny. Elemes.


02. Miss Hooker
Apa gag malu tuh digelari ratu itu ??? tetapi pada kenyataan nya tidak ada pelacur yang ikut dalam kontes yang di selenggarakan tahun 2008 tersebut, hanya seniman dan orang biasa yang mengikutinya yang mencoba berlagak kek pelacur, dan pemenangnya adalah Natalia Fabia tetapi diganti dengan nama pelacur Miss One Dolla No Holla,


03. Miss Plastic Surgery

Kontes ini diadakan di China tahun 2004, dimana kontestan yang ikut ajang ini telah mengalami beberapa jenis operasi pelastik dan pemenangnya adalah yang pernah di disklualifikasi pada suatu kontes kecantikan lain karena melakukan operasi platik


04. Miss Pregnant

Yang berhak ikut kontes ini adalah semuanya harus hamil dan mengenakan bikini . . .


05. Miss Subways ( Ratu Kereta Bawah Tanah )

Agen Periklanan di New York AS menyelenggarakan kontes yang disebut Miss Subways tahun 1941 hingga 1971 dan pemenangnya akan ditampilkan dalam iklan di kereta dan stasiun, Tradisi itu kemudian diadakan kembali pada tahun 2004,pemenangnya adalah Caroline Sanchez-Bernat yang memakai mahkota.


06. Miss Zombie Beauty

Kontes ini diadakan setiap tahun di Phoenix AS, pemenangnya adalah MIss heather..


07. Most Beautiful Bottom

Kontes ini diadakan oleh Produsen pakaian dalam sloggi, dan terbuka untuk Pria dan Wanita asal mempunyai bokong menarik, dan masing-masing pemenang untuk kategori mendapatkan kontrak modeling.


08. Miss Landmine

Miss ranjau darat adalah kontes kecantikan bagi perempuan cacat karena terkena ranjau darat dan perang lainnya yang berhubungan dengan cedera yang diselenggarakan di Angola. dan diciptakan oleh seniman Norwegia Morten Traavik.


09. Miss Prison

Siberia, pemenangnya berhak mendapatkan kebebasan bersyarat, kontes ini pernah di dokumenterkan pada tahun 2006 dengan judul Miss Gulag.Miss Prison juga di selenggarakan diberbagai negara lainnya Lithuania, Bogota, Colombia, dan Miss Prisoner di Rio de Janeiro, Brazil.


10. Miss Jumbo Queen ( Ratu Gembrot )

Diselenggarakan di Thailand, yang di sponsori oleh Yayasan Pelindung Hewan Gajah. Tujuan kontes ini untuk memilih kontestan terbaik memerankan karakteristik sang gajah, berdasarkan dari tubuh, keanggunan dan ukuran, untuk membantu mempromosikan konservasi gajah di Thailand.
 


sumber
Read More..

Pesalah juvana ditemui mati dengan kesan pukulan

.
0 komentar
Oleh Md Izwan
July 17, 2013
Belum reda dengan kes kematian dalam tahanan, satu lagi kes dilaporkan berlaku hari ini di Pusat Pemulihan Akhlak Penjara Batu Gajah, Perak apabila seorang pesalah juvana ditemui mati dengan kesan lebam.

Chew Siang Giap, 26, ditemui mati di pusat itu awal pagi hari ini, sekaligus menambah tekanan kepada pihak kerajaan yang sudah menerima kritikan pelbagai pihak untuk menubuhkan  Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).
Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar mengedarkan satu laporan polis yang dibuat bapa mangsa, Chew Ba di lobi Parlimen hari ini.

Bapa mangsa memberitahu, beliau menerima panggilan telefon daripada Pusat Pemulihan Akhlak memaklumkan kematian anaknya sekitar jam 2.19 pagi tadi.
Semasa tiba di Hospital Batu Gajah pada jam 8.30 pagi untuk pengecaman mayat mangsa, Chew memberitahu penemuan "kesan" pada mayat badan anaknya.
"Saya menemui kesan hitam seperti calar pada telinga, bahu dan peha semasa mengecam anak saya," katanya dalam laporan polis itu.


Kes kematian ini dijangka menambah lagi tekanan terhadap Putrajaya, yang ketika ini masih bergelut dengan pembangkang membabitkan isu penubuhan IPCMC.

Majlis Peguam, kumpulan masyarakat sivil dan beberapa ahli politik dari kerajaan dan pembangkang mendesak IPCMC ditubuhkan untuk melaksanakan reformasi terhadap pasukan polis sejak 2006. - 17 Julai, 2013.

The Malaysian Insider


Read More..

Adda Kembali Ke Imej Tidak Bertudung

.
0 komentar


Nampaknya kehidupan Adda selepas bercerai dengan suaminya semakin tidak menentu. Untuk yang tidak tahu, Adda telah pun diceraikan selepas hanya berkahwin selama 17 hari. Sebelum ini Adda pernah bercinta dengan Mamat Sepah. Ketika itu Adda tampil dengan imej tidak bertudung.
adda tudung
Semasa majlis perkahwinannya, Adda telah pun memakai tudung dan tampak begitu cantik sekali. Selepas diceraikan, Adda masih kekal dengan imej bertudung litup.adda tudung
Namun tidak lama kemudian, Adda tiba-tiba tampil dengan imej seperti Datuk Siti Nurhaliza iaitu dengan hanya memakai penutup kepala.adda tudung
Dan semalam, Adda kembali semula kepada imej tidak bertudung sepenuhnya. Agak mengejutkan namun nampak seperti Adda masih tidak bersedia untuk memakai tudung.
adda tudung
Ditanya mengenai isu sekejap pakai tudung sekejap tidak ini, Adda berkata kepada Pancaindera:-
Sebab itu juga Adda minta jangan besarkan isu Adda tak pakai tudung. Adda cuma manusia biasa yang tak lepas daripada membuat kesilapan. Ini adalah diri Adda yang sebenar. Asalkan Adda tahu batas dan tak malukan nama keluarga, Adda harap semua orang terima Adda yang baru
Abang Nara nampak Adda seperti tidak memandang serius akan perkara ini. Namun pastinya Adda ada sebab yang tersendiri. Semoga pintu hati Adda akan terbuka kembali untuk memakai tudung seperti dulu.
Read More..

PAS berjaya sentuh hati masyarakat bukan Islam Sabah

. Kamis, 26 Desember 2013
0 komentar

Harakahdaily, 04 Mac 2013


(Mujahid bersama rakyat Sabah melancarkan Impian Malaysia)

KOTA KINABALU: Dialog antara agama yang dianjurkan PAS telah berjaya menyuntik minat masyarakat bukan Islam di negeri ini untuk lebih memahami berkenaan parti Islam itu.

PAS, yang seringkali dimomokkan oleh Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang radikal dan eksklusif tidak lagi dijadikan bahan ketakutan masyarakat bukan Islam untuk lebih rapat serta mengenali secara mendalam tentang  PAS.

Menurut AJK PAS Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, PAS sentiasa membuka pintu untuk berdialog dengan semua pihak dalam menerangkan pendirian parti itu terhadap isu semasa yang berlaku.

“Dengan penjelasan yang baik dan ilmiah, ketinggian dan keadilan ajaran Islam dapat ditunjukkan kepada masyarakat non-muslim.

“Islam datang membawa mawaddah dan rahmat kepada alam dan ia perlu diterjemahkan dalam tindakan setiap muslim.

"Umno telah menunjukkan ajaran Islam yang salah dengan mengamalkan nepotisme dan juga korupsi dalam perbuatan mereka,” jelas beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Malaysia, dalam rangka lawatan ke Sabah, padat dengan pelbagai program yang telah diatur oleh PAS Sepanggar, Pitas dan Tuaran.

Beliau dan beberapa pimpinan dari komponen Pakatan Rakyat turut menyampaikan ucapannya bersama kaum Tionghua di Menggatal.

Dalam program sama, beliau turut diberi peluang berdialog dalam satu "Dialog Rakyat: Kemana Hubungan Antara Agama" yang dianjurkan oleh PKR Cabang Tuaran dengan memberikan pandangan PAS berkaitan hudud, penggunaan kalimah Allah, negara Islam dan sebagainya.

Pada akhir program, beliau telah merasmikan pelancaran “Impian Malaysia” peringkat negeri Sabah.
Read More..